30 September 2011

Contest:Once Upon A Time-My Love Story-3 Days With Love


Nama: nurul fariha
Hadiah yang korang pilih:1 tumbler boyfriend + 1 button badge boyfriendNama bias: Song seung hyun ft island
Lagu pilihan : ttl- supernova ft t-ara
Tempat yang korang pilih: Seoul .
Cerita : tak terkira lah...








Once upon a time,terdapat seorang gadis yang sangat besederhana dalam hidupnya.Ha Rin merupakan seorang pelajar Gred 7 yang bersekolah di Sekolah Tinggi Seoul.Di sekolah,Ha Rin mempunyai seorang rakan baik yang merupakan gadis kaya iaitu,Min.Seluruh sekolah mengetahui tentang yuran persekolahan Ha rin yang ditanggung oleh keluarga Min.Namun,Min lebih bijak dalam mencari kawan.Dia pasti Ha Rin rakan terbaiknya dan kerana itulah,hanya Min yang sanggup berkawan rapat dengan Ha Rin.

Pada suatu hari,Ha Rin dikejutkan dengan berita yang sangat menggembirakan hatinya.FT Island akan datang untuk konsert jelajah mereka yang seterusnya.
Dapatlah dia bertemu dengan lina jejaka kacak dunia.Ha Rin tersenyum lebar melihat poster Korean Music Wave yang ditampal di sleuruh papan kenyataan sekolah.Ramai pelajar kaya yang berebut-rebut mahu menghadiri konsert tersebut.
Sedang asyik leka melihat poster,Ha Rin dikejutkan dengan suara seorang pelajar perempuan di belakangnya.

“Woi,budak miskin.Kau tak payahlah nak pandang-pandang poster tu lama-lama.Kau bukan mampu pun nak pergi.Duit nak beli bekal makanan pun orang lain yang support,”suara diva sekolah,Eun Jung kedengaran.
Berpuluh-puluh mata memandang ke arah Ha Rin yang berada d itengah-tengah kelompok pelajar kaya sambil mentertawakannya.

“Ha Rin,Ha Rin!”tiba-tiba kedengaran suara Min memanggilnya dari jauh.Bagaikan bergegar sekolah tersebut apabila suara Min bergema di setiap penjuru bangunan sekolah.
Min seperti kanak-kanak yang begitu riang menarik tangan Ha Rin keluar dari kelompok ‘aura hitam’ itu.
“Bo?kau dari mana?tanya Ha Rin apabila melihat chingu nya yang asyik tersenyum lebar.
“Kau tengok ni”kata Min sambil mengeluarkan 2 keping tiket dari saku bajunya.

“Jinjja.Ni tiket Konsert KMW kan?teriak Ha Rin.Pelajar-pelajar tadi segera berkumpul di sekelilingnya.
Eun Jung memerhati dengan pandangan ala-ala tak puas hati.
Min mengangguk sambil tersenyum riang..
“Memandangkan kau satu-satunya chingu aku kat sekolah ni,aku nak bawa kau pergi jumpa 5 orang putera dari FT Island.so,are you with me?”tanya Min.
Ha Rin menyambut huluran tangan Min sambil mengangguk setuju.
Kumpulan pelajar tadi memandang penuh cemburu ke arah mereka berdua.
Ha Rin dan Min berlalu sambil bernyanyi riang.

Seminggu kemudian
“Well,kau dah ready nak jumpa putera idaman kau?tanya Min teruja.
Ha Rin tersenyum riang.
Mereka pun menaiki kereta yang disediakan oleh pengawal peribadi Min untuk ke konsert tersebut.
Sesampainya mereka di sana,keseluruhan kawasan telah penuh akibat orang yang terlalu ramai.Mereka berpegangan tangan bagi mengelakkan mereka hilang satu sama lain.Setengah jam kemudian,konsert pun bermula.
Ha Rin yang merupakan peminat setia FT Island bernyanyi riang sambil mengikuti rentak setiap lagu yang dinyanyikan.
Namun dari riak matanya,Min tahu Ha Rin asyik memerhatikan pemain gitar kedua yang juga merupakan rapper dalam FT Island.Ha Rin dapat mendengar bunyi gitar Seung Hyun yang kedengaran lsin dari biasa.Si pemain gitar bagaikan tidak menumpukan perhatian ketika memetik gitarnya.Matanya tidak berganjak dari menatap wajah lelaki kacak tersebut sejak dari mula mereka menguasai pentas hinggalah Ha Rin berdiri betul-betul dihadapan lelaki itu.Jarak mereka berdua hanya dipisahkan oleh pentas .

“Wei,aku nak pergi tandas kejap.Kau enjoylah dulu.Nanti aku datang balik”jerit Min di telinga Ha Rin.
Ha Rin mengangguk tanda faham.Min pun berlalu sementara Ha Rin masih lagi menatap wajah sang pemain gitar.

3 jam kemudian,konsert tersebut pun tamat.Ha Rin dirempuh orang ramai yang berpusu-pusu keluar dari dewan.
Ha Rin masih tercari-cari kelibat Min.Tiba-tiba dia terasa tangannya ditarik ke belakang pentas.Min tersenyum riang melihat temannya.Min tersengih sambil menyuakan pas backstage yang berjaya diperolehinya.
Ha Rin terjerit riang namun segera ditutup mulutnya bimbang peminat akan menyerbu mereka.

5 minit kemudian,mereka pun diminta masuk ke bilik rehat FT Island.
Pintu bilik dikuak dan terlihatlah mereka lima jejaka tampan sedang duduk menanti kehadiran mereka.Selain mereka berdua,masih ada lima orang lagi peminat yang berjaya mendapatkan pas backstage.
Masing-masing melayan peminat dengan penuh sabar.Seung Hyun perasan akan sepasang mata yang dari tadi asyik memerhatikannya.Mata bulat itu merenungnya dengan penuh tekun.Dia pasti,si gadis itu memandangnya berharap dia akan menyedari kehadiran si gadis.
Ha Rin yang masih malu-malu berdiri sendirian.Tiba-tiba,

“Erm,miss.Do you want to take a picture with me?soal Seung Hyun kepadanya sambil menghulurkan tangan.
Ha Rin terkedu.Seung Hyun masih lagi merenungnya.Berharap si gadis akan menerima pelawaannya.
“Erm,can I?”tanya Ha Rin kembali.
Seung Hyun mengangguk.Huluran tangan Seung Hyun disambut perlahan.
Jurugambar mengambil gambar mereka berdua sambil diperhatikan Min.Ha Rin tersenyum riang.Hasratnya hanyalah untuk mendapatkan tandatangan Seung Hyun saja,namun akhirnya si jejaka tampan menghulur pelawaan sekali seumur hidup.

Selesai sesi fotografi,Ha Rin mengundur diri.Rasa gembira yang tak terhingga lahir dalam dirinya.
Seung Hyun pasti si gadis gembira dengan layanan yang diberikan.Namun,di hatinya terdetik satu perasaan yang benar-benar mengganggu dirinya.Matanya tak lepas memerhatikan gelagat si gadis yang agak kekok ketika bersamanya.
Dia pasti kehadiran si gadis akan merubah sesuatu dalam hidupnya.Senyuman si gadis menambat hatinya.

Selepas sejam berlalu,Ha Rin,Min dan yang lain diarahkan pulang.Hongki,Jonghun,Jaejin,Minhwan dan Seung Hyun dibenarkan pulang ke hotel.

Keesokan hari
Ahli-ahli FT Island sedang sibuk mengemaskan barang untuk konsert jelajah mereka yang seterusnya.Sambil mengemas,mereka saling bergurau antara satu sama lain.Seung Hyun yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara,
“Hyung,boleh tak kalau kita tangguhkan konsert tu untuk 3 hari lagi,”tanya Seung Hyun tiba-tiba.
Hongki dan Jaejin yang sedang bergurau di atas katil sambil ditertawakan Jonghun dan Minhwan terus terhenti.Masing-masing membetulkan duduk sambil menghadap si pemilik suara yang berkelakuan aneh.
“Wei,kau kenapa.Kau tak sihat ke?tanya Minhwan sambil meraba dahi Seung Hyun.
Seung Hyun menepis tangan Minhwan sambil menggeleng perlahan.
“Saya akan teruskan pembedahan lepas tamat konsert jelajah kita kali ni.Dan lepas tu,kalau tangan saya tak sembuh,saya takkan dapat main gitar lagi.Jadi,saya harap dapat tinggal dulu beberapa hari kat sini sebelum kita teruskan konsert saya yang ‘terakhir’.”terang Seung Hyun panjang lebar.

Jonghun mengangguk mengiyakan.Hongki dan Jaejin masih ternganga melihat gelagat Seung Hyun.
“Gomawo hyung,”kata Seung Hyun gembira sambil bangun memeluk Jonghun yang tersenyum mesra.hubungan mereka ibarat seperti adik-beradik yang sangat gembira.Pelukan Seung Hyun semakin erat memikirkan pembedahannya yang bakal berlangsung tak lama lagi dan konsert terakhirnya.

Sementara itu,
“Ha Rin,kau nak keluar ke?Boleh tolong aku tak?Besok birthday Ga In.Kau tolong belikan hadiah untuk dia boleh tak?tanya Min.
Ha Rin mengangguk sambil berlalu meninggalkan Min yang masih melayan lagu Infinite melalui head phonenya.Min bernyanyi riang sambil menari-nari mengikut rentak lagu ‘Can You Smile’.
Ha Rin menaiki basikalnya sambil bernyanyi riang.Sewaktu dia melalui sebuah kedai bunga,dia terlihat sekuntum bunga ros merah yang hampir layu.Ha Rin terus menongkat basikalnya dan segera masuk ke kedai untuk membeli bunga tersebut.
Ha Rin keluar bersama sekuntum bunga ros merah di tangannya.Sambil mencium bau bunga itu,dia tersenyum lebar.

Seung Hyun yang kepenatan tertidur di sofa ruang tamu sementara Jonghun membawa ahli yang lain keluar makan.Sengaja Jonghun tidak mengejutkan Seung Hyun kerana dia pasti,lelaki itu kalau mempunyai masalah,dia lebih senang bersendiri.
Dalam mimpinya,Seung Hyun didatangi seorang gadis manis bersama sekuntum bunga ros di tangannya.Belum sempat dia menerima kuntuman bunga ros itu,gadis itu hilang ditelan kabus.
Seung Hyun terjaga dari tidurnya sambil cuba mentafsir mimpi yang baru saja dialaminya.
Seung Hyun segera bangun lantas bersiap menuju ke tempat biasa.Dia memakai sweater bagi melindungi tubuhnya dari kesejukan malam yang dingin.Hatinya menjerit perlahan tanda rindukan tempat yang sentiasa memberi ketenangan kepadanya.

Dalam perjalanan pulang,Ha Rin melalui pantai yang sedang berombak perlahan.Dia lantas turun dari basikalnya,menyorong basikalnya sambil memandang ke langit,melihat bintang yang bertaburan di langit.Tiba-tiba,matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang seakan-akan dikenalinya.
“Urm,ehem….”Ha Rin berdehem perlahan.
Lelaki yang sedang asyik memerhatikan ombak itu berpaling ke arah suara yang berdehem berdekatan dengannya.
“Eh,awak ni.Perempuan yang …yang take picture hari tu kan?”tanya Seung Hyun.Senyuman si gadis mengingatkan dia pad seseorang.

Seung Hyun dan Ha Rin berjalan beriringan sambil Seung Hyun menyorong basikal milik Ha Rin.
“Dekat tangan awak tu,apa dia?tanya Seung Hyun apabila dia perasan sesuatu di tangan gadis itu.
Ha rin mengangkat genggaman tangannya sambil menghulurkan bunga ros itu pada Seung Hyun.
“Ni,bunga ros merah.Satu-satunya yang tinggal dalam kedai bunga tepi jalan tu.Saya tak nak bunga ni dibuang je macam tu,jadi tuan kedai tu bagi percuma pada saya,”terang Ha Rin.
Seung Hyun mengangguk tanda mengerti.
“Sekuntum bunga mungkin akan layu,tapi kenangan dari bunga itu tidak akan pernah padam”fikir Seung Hyun lagi.

Ha Rin berjalan sambil memandang ke langit.Memerhatikan bintang yang berkelipan.
“Bintang tu cantik betul”kata Ha Rin sambil menunjuk ke arah bintang yang paling terang di langit yang cerah.
Seung Hyun menghentikan langkahnya sambil memandang ke langit.Terlihatlah dia satu bintang yang paling cerah  di langit.Cerah bintang itu bagaikan senyuman manis si gadis di sebelahnya.
Sedang Ha Rin berjalan sambil memerhati langit,tiba-tiba dia terjerit kecil.
“Wae?awak tak apa-apa ke?tanya Seung Hyun sambil menghampiri Ha Rin yang sudah pun terduduk di tanah.
Ha Rin menyuakan kakinya yang berdarah akibat tusukan batu kecil tajam  di tanah yang menghiris jari kakinya yang lembut dan sensitive itu.Seung Hyun cemas lantas segera mengangkat tubuh kecil Ha Rin ke atas tempat duduk belakang basikal dan meletakkan kaki Ha Rin di atas lututnya.Ha Rin malu diperlakukan sebegitu namun dia membiarkan sahaja perlakuan Seung Hyun.Kakinya terlalu sakit hingga tak mampu digerakkan.

Jejaka itu meniup perlahan kaki Ha Rin yang berdarah merah pekat sambil berhati-hati mengeluarkan ketulan batu dari kaki gadis itu.Ha Rin terjerit kecil apabila batu kecil tersebut berjaya dikeluarkan dari kakinya.
Seung Hyun bangun lantas memerhati sekeliling.Matanya tertangkap satu bangunan yang masih terang lantas dia mencangkung di hadapan gadis tersebut.
“Awak naik belakang saya.Biar saya bawa awak pergi farmasi dekat tepi jalan sana tu”kata Seung Hyun.
Ha Rin malu namun kerana desakan Seung Hyun,Ha Rin berpaut erat pada lelaki tersebut.Seung Hyun pun menggendong Ha Rin menuju ke farmasi tersebut untuk mengubati luka dikakinya.

Setelah lukanya dibalut,Seung Hyun membantu Ha Rin berjalan keluar dari farmasi tersebut.Tanpa sedar,genggaman tangan Ha Rin semakin erat apabila dia hampir terjatuh namun berjaya disambut oleh lelaki itu.Mata mereka bertentangan dan Ha Rin segera melarikan pandangan bimbang dia terperangkap dalam pautan mata lelaki kacak itu.Renungan mata si gadis mendebarkan jantungnya.Bagaikan pernah dilihat pandangan gadis itu namun…..
“Mianei,biar saya balik dulu”kata Ha Rin sambil melepaskan genggaman tangan si jejaka yang sedari tadi menggenggam erat tangannya.
Seung Hyun membiarkan ego si gadis yang cuba pulang sendirian bersama kakinya yang masih menahan sakit.
“Kejap,awak mampu ke nak balik rumah dalam keadaan macam tu?Biarlah saya tolong awak”kata Seung Hyun sambil menggendong Ha Rin di belakang bahunya.Ha Rin yang masih terkedu tidak mampu melawan dalam keadaan kakinya yang masih sakit.Namun,Ha Rin merasa bersalah jika terpaksa membiarkan jejaka itu menghantarnya sampai ke rumah.Rumahnya di atas bukit yang  curam itu.Pasti sukar bagi jejaka itu untuk mendaki bukit sambil menggendongnya.

“Tapi,awak tolong bawa saya pergi pondok saya.Dekat belakang farmasi ni je.Awak kena jalan sikit lepas tu….
Seung Hyun terus berjalan berpandukan arahan si gadis di belakangnya.Perjalanan yang dekat terasa jauh apabila terpaksa berjalan sambil menggendong seseorang di belakang.Namun,si jejaka tidak mengeluh malah senang apabila si gadis mengeratkan pautan di lehernya.Tanpa sedar,Ha Rin di belakang sudah pun mengalirkan air mata.Hirisan tajam di kakinya seakan membengkak dan terasa denyutan di lukanya.Seung Hyun yang sedang berjalan terasa basah di belakang bajunya namun membiarkan sahaja tingkah si gadis.

Sesampainya mereka di pondok Ha Rin,Seung Hyun meletakkan Ha Rin di pondok yang tersedia.Walaupun pondok itu kelihatan using namun masih nampak bersinar kerana terdapat berbagai-bagai jenis keychain bintang yang tergantung di sekeliling pondok.
Seung Hyun merenung sekeliling.Pertama kali melihat sebuah tempat yang begitu bersinar di dalam gelap.
“Saya sukakan bintang.Bintang buat saya tersenyum.Dan apa yang saya kagum ialah,bintang mampu bersinar walaupun dia bersendirian”terang Ha Rin apabila melihat Seung Hyun yang asyik merenung bintang-bintangnya.
Seung Hyun mengangguk tanda faham.Ya,gadis di hadapannya kini masih tersenyum melihat bintang yang tergantung di pondoknya.Berbeza benar si gadis dari pertama kali bertemunya.Si gadis nampak lebih tabah biarpun dia sedar si gadis mengalirkan air mata tadi.

“Tapi,tadi kau nangis kan.Sakit sangat ke luka kau tu?tanya Seung Hyun sambil menghampiri Ha Rin yang sedang duduk.
Ha Rin merenung Seung Hyun tajam.Apa yang lelaki itu tahu jika dia tidak mengalaminya.
“Meh sini.Awak tengok ni.Sakit tau.Masa saya kecil,omma pernah cakap,kulit saya sensitive sangat.Sebarang luka akan menyebabkan kaki saya bengkak.Dan sebab tu lah luka ni …
Seung Hyun merenung perlahan wajah si gadis yang serius memberi penerangan.Pasti kaki si gadis sangat sakit hinggakan dia sanggup berdebat tentang kakinya yang hampir membengkak itu.Ha Rin terdiam bila melihat si jejaka tadi asik merenungnya.
Suasana menjadi sepi apabila keduanya sedang melayan perasaan masing-masing.

“Kau ngantuk ke?tanya Seung Hyun apabila melihat Ha Rin yang sudah tersengguk-sengguk di dalam pondok.
Ha Rin yang sudah separuh tidur mengangguk perlahan.
Seung Hyun melabuhkan punggung bersebelahan Ha Rin lantas membuka sweater yang dipakainya.Disarungkan sweater tersebut ke bahu Ha Rin.
Seung Hyun menolak bahunya bagi memudahkan si gadis bersandar.Ha Rin yang begitu kepenatan menyandar kepalanya di bahu Seung Hyun.Terasa selesa benar dia sambil menyambung tidurnya.
Seung Hyun tersenyum melihat gelagat si gadis.Dia bernyanyi perlahan sambil memandang ke arah bintang-bintang di langit.
Namun,nyanyiannya terhenti apabila teringatkan sesuatu lantas dia segera mengeluarkan hand phonenya.Skrin di hand phone menampakkan gambar sebutir bintang pemberian unnie nya.Ya,sama sangat.Unnie Ji Yeon juga merupakan seorang yang sangat sukakan bintang namun malang buatnya apabila keindahan hanya untuk sementara.Dia kemudian mengimbau kembali kenangan lama.

“Jinjja,ni untuk saya ke?”tanya Seung Hyun apabila seorang gadis menghulurkan sebatang gula-gula ke arahnya.
Si gadis mengangguk tanda mengiyakan.
Seung Hyun lantas menyambut huluran yang diberi dan semejak hari itu,dia semakin rapat dengan si gadis.Seorang gadis yang telah menyelamatkannya dari terus berjalan menapak dalam gelap malam mencari sedikit makanan.Menghulur sebatang gula-gula yang akhirnya menjadi temannya ketika dia gembira dan bersedih.Si gadis sentiasa menemaninya,berbual tentang permainan kegemarannya malah si gadis juga yang sering memasakkan makanan kegemarannya apabila dia lapar.

Seminggu kemudian
“Unnie.Saya tunggu kat dalam tau.Kejap lagi unnie masuk”teriak Seung Hyun kea rah Ji Yeon yang berada di seberang jalan sedang menguruskan penghantaran bunga yang segar ke dalam kedainya.Ji Yeon merupakan seorang penjual bunga.Ji Yeon mengagguk tanda faham.Budak lelaki itu merupakan penghiburnya malah dia benar-benar simpati ketika pertama kali bertemunya.Dengan keadaan yang tidak terurus,budak lelaki ituu merungut lapar lantas dia menghulurkan sesuatu di tangannya.

Sedang Seung Hyun menanti unnie Ji Yeon,bersama sesuatu di tangannya,dia terdengar bunyi kecoh di luar.
Dia berlari ke luar memastikan apa yang terjadi.Namun,apa yang pasti sebuah kereta sedang memecut laju meninggalkan asap hitam dan kelompok manusia yang sedang mengelilingi sesuatu.
Seung Hyun merempuh ke arah kawanan manusia itu.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang terbaring di atas jalan.tubuh yang sangat dikenali itu berlumuran darah sambil mengerang kesakitan.Seung Hyun berlari ke arah Ji Yeon sambil menggoncang tubuhnya.

“Unnie!bangun unnie!Unnie!Bangunlah.Saya nak bagi unnie ni,”kata Seung Hyun sambil mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya.Bola kristal yang jernih yang dibeli menggunakan duit simpanannya hendak diberikan kepada Ji Yeon tanda kasihnya pada gadis itu.Ji Yeon semakin sakit.Sebelum ambulans sempat sampai,Ji Yeon menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seung Hyun menjerit sepuasnya.
“Unnie!.....
Jonghun yang telah menyelamatkan Seung Hyun akhirnya.Dia tak mampu melihat,Seung Hyun bersedih lagi kerana pemergian kekasihnya yang disayangi.Mereka berdua melihat jasad Ji Yeon yang dikebumikan...Hatinya sebak....Dia menjerit lagi dalam hatinya.
"Uniie.Jangan pergi!!Jangan!

Ha Rin terjaga melihat jejaka di sebelahnya menjerit perlahan di dalam tidur.
Lantas dia mengejutkan Seung Hyun apabila risau benar melihat kelakuan si jejaka.
“Seung Hyun!Seung Hyun!Bangun!”kata Ha Rin sambil menggoncang tubuh si jejaka yang semakin mengerutkan dahinya.
Minpinya semakin buruk lalu Ha Rin terus memeluk lelaki itu erat berharap si jejaka mendapat sedikit kekuatan.
Seung Hyun terjaga dan sedikit terkaku kerana dipeluk erat oleh si gadis.Pelukan hangat Ha Rin menenangkannya.
Ha Rin melepaskan  pelukannya.Pipinya yang merah ditekup dan segera dikawal perasaannya yang berdebar.
“Awak buat saya risau dan saya tak tahu nak buat apa.Mianei”kata Ha Rin.
Seung Hyun menggeleng perlahan.
Masing-masing berpusing ke arah berlainan.Malu dengan tindakan masing-masing.
Seung Hyun tunduk hormat dan terus berlalu.Berharap perasaan tadi akan segera hilang namun walau berjalan kaki hingga hotel pun,mindanya masih tidak mampu melenyapkan bayangan si gadis.Ha Rin tertunduk malu.Bagaimana dia secara sedar boleh melakukan sebegitu.Jejaka itu merupakan seorang artis terkenal.Hatinya berdebar kencang lagi.

Keesokan harinya,
Ha Rin berjalan sendirian menuju ke tempat kerjanya.Walaupun sebahagian hidupnya ditanggung oleh Min,namun dia tidak mahu selalu menyusahkan gadis itu.Sudah terlalu banyak hutangnya terhadap keluarga Min maka dia memutuskan untuk bekerja sambilan pada waktu petang setelah tamat waktu sekolah.Dalam perjalanan,Ha rin tersenyum riang.

Sementara itu,
Seung Hyun terpandang handphone nya di atas meja.Gambar bintang di skrin menggamit rindu terhadap unnie yang telah lama pergi.Lantas dia memutuskan untuk pergi ke kedai bunga tempat unnie nya bekerja.Dia mencapai kunci kereta di atas meja dan memasukkan hand phone ke dalam poket seluarnya.
Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit itu terasa bagaikan bertahun buat Seung Hyun.Sesampainya di hadapan kedai itu,dia terkaku.Unnie baru sahaja pergi 2 tahun yang lalu,namun kedai bunganya telah diubah kepada sebuah kedai supermarket.Dia merenung ke arah cermin kaca yang memisahkan dia dan dunia dalam kedai tersebut.
Seung Hyun menolak pintu kaca tersebut lantas melangkah masuk ke dalam kedai.
Nasib baik dia menutup sebahagian mukanya menggunakan sweater kerana saat dia melangkah masuk,pelanggan asyik memerhatikannya.Bimbang dia dikenali,lantas dia mengambil keputusan untuk keluar semula.Namun,tiba-tiba dia terperasankan seseorang yang sangat dikenalinya di dalam kedai tersebut.
Hatinya kembali berdebar lantas dia terus bergerak pantas keluar dari kedai tersebut dan tangannya pantas mendail nombor telefon seseorang.

“Hyung,saya ada satu soalan?Apa yang saya nak buat kalau kebetulan berlaku 3 kali dalam hidup saya?”tanya Seung Hyun.
Jonghun yang dikejutkan dengan panggilan itu terdiam seketika namun dia faham benar dengan ahli kumpulannya itu
“Well,kebetulan tak berlaku sampai 3 kali.Kalau jadi macam tu,bukan kebetulan,tapi takdir”terang Jonghun panjang lebar.
Bunyi ‘oh’ kedengaran dari bibir Seung Hyun menandakan dia faham dengan situasi itu.
“Gomawo hyung”balas Seung Hyun dan terus meletak telefon.
Jonghun membiarkan Seung Hyun dengan telatahnya.Itulah kali pertama suara lelaki itu kedengaran begitu bersemangat sejak unnie nya pergi.Gambar Ji Yeon di skrin hand phone ditatap.Ya,dia pasti seseorang telah meragut hati jejaka pendiam itu.
Fikirannya menggambarkan berbagai andaian.

Seung Hyun masuk semula ke dalam kedai dan terus menuju ke kaunter.Nasibnya baik apabila ramai pelanggan telah keluar.
Dia mendekati si gadis yang sedang khusyuk mendengar music sambil bernyanyi perlahan.Suaranya manis sama seperti perwatakannya.
Seung Hyun berdehem perlahan memberi isyarat kepada si gadis.
Ha Rin memandang tepat ke arah si jejaka di hadapannyaSeung Hyun membuka zip sweater nya dan menampakkan sebahagian wajahnya yang ditutup.
“Bo?”Ha Rin terjerit kecil bila mengetahui siapa si jejaka sebenarnya.
2 orang pelanggan memandang mereka dengan pandangan aneh.Seung Hyun meletakkan jari telunjuknya di bibir si gadis berharap rahsianya tak kan diketahui.Ha Rin mengangguk tanda faham.

Seung Hyun menaip sesuatu di phone nya lantas disua ke arah Ha Rin.
“Awak ada masa lepas ni?Saya nak jumpa awak kejap,boleh?

Ha Rin memandang Seung Hyun lantas mengangguk.

“Tapi saya habis kerja dalam 10 minit lagi.Awak boleh tunggu kat luar kalau awak nak,”balas Ha Rin.

Seung Hyun mengambil semula phone di tangan Ha Rin  dan terus berlalu ke luar.
10 minit kemudian,Ha Rin yang berpakaian biasa keluar dari kedai tersebut sambil mencari-cari kelibat Seung Hyun.
“Here,”terdengar satu suara dari arah belakangnya.Ha Rin berpaling ke belakang melihat lelaki di belakangnya yang masih tersenyum.Dia membalas semula senyuman itu.

Seung Hyun menghulurkan sebatang aiskrim ke arah Ha Rin.Aiskrim coklat yang hampir cair itu disambut perlahan.
Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai berdekatan.
“Awak tak ada apa-apa aktiviti ke hari ini?”tanya Ha Rin tanpa memandang wajah si jejaka.Pelik benar Ha Rin bila dilihat lelaki itu kelihatan agak lapang.
“Bo?”apa maksud awak?”tanya Seung Hyun pelik.
Langkah Ha Rin terhenti sambil memandang tepat ke wajah Seung Hyun.
“Maksud saya,ye lah awak kan artis terkenal.Tapi saya tengok awak ni lapang betul.Tak sibuk langsung”balas Ha Rin.
Seung Hyun menjilat aiskrimnya yang hampir meleleh jatuh.Gelagatnya yang begitu kelakar membuatkan Ha Rin tertawa.
Kotoran aiskrim terlekat di bibir Seung Hyun.
Ha Rin segera mengelap bibir Seung Hyun yang kotor menggunakan sapu tangannya.
Seung Hyun terkedu dengan tindakan si gadis di hadapannya.

Seung Hyun menghentikan tangan Ha Rin yang asyik benar dengan kotoran di bibirnya tanpa menyedari dia yang leka memandang si gadis.Soalan si gadis dibiarkan berlalu.
“Saya dah penat.Saya tak nak teruskan lagi lakonan ni.Saya cuma nak tahu perasaan awak terhadap saya?”tanya Seung Hyun lantang.
Ha Rin terhenti.Dia terkedu.Fikirannya melayang bagaikan di awangan.Ha Rin masih terdiam.
“Kalau awak tak nak jawab tak apa.Tapi,saya nak mengaku kat awak.Ini kali pertama saya habiskan begitu banyak masa saya memikirkan tentang seorang gadis yang asyik berlegar dalam fikiran saya.Saya dah tak nak fikir lagi”terang Seung Hyun panjang lebar.Ha Rin masih terkedu dengan tindakan Seung Hyun.Benarkah apa yang di dengarnya.Tak mungkin.Mustahil.Adalah mustahil jika lelaki di hadapannya kini sedang meluahkan perasaan terhadapnya.

“Jadi,awak tak percaya kata-kata saya.Saya bukan mudah jatuh cinta tapi hati saya tak boleh berhenti fikirkan tentang awak.Saya pun dah tak tahu apa dah jadi dengan diri saya.Tapi,saya pasti dengan perasaan saya.Hati saya tak pandai menipu.Jadi,jika awak pun punyai perasaan yang sama dengan saya,jumpa saya dekat lapangan terbang Seoul pukul 3 petang esok.Saya akan tunggu awak sampai awak datang”kata Seung Hyun.
Sebelum Seung Hyun berlalu,dia kembali ke arah Ha Rin yang masih berdiri kaku.Lantas ditarik tangan Ha Rin dan menghulurkan sesuatu.Sebiji bola Kristal yang jernih diletakkan di atas telapak tangan Ha Rin.
“Dah lama saya cari seseorang yang akan memiliki benda ni.Dan bila saya terpandangkan bola Kristal ni,saya asyik teringatkan awak.Jadi,awak ambil jelah benda ni’kata Seung Hyun dan terus berlalu.

Ha Rin terduduk ke tanah.Ya,benar.Lelaki itu sedang meluahkan perasaannya sebentar tadi.Dia sangat pasti tentang itu.
Bola Kristal di tangan di genggam erat.Dia bertanya apakah perasaan sebenarnya terhadap lelaki itu.
Ha Rin berjalan pulang ke rumah.


Keesokan paginya
Bola Kristal di tangan masih digenggam erat.Namun,hatinya masih belum mendapatkan sebarang keputusan.Dia ragu-ragu dengan keputusannya.Apakah dia pasti dengan perasaan yang sedang dialaminya.
Lelaki itu telah membantunya saat dia memerlukan bantuan dan bayang lelaki itu sentiasa berlegar apabila dia kesepian.Pertemuan yang hanya 3 hari itu telah menyebabkan dia leka dengan dunianya dengan lelaki itu.Bayang Seung Hyun seakan-akan sedang mengawalnya.Ha Rin menarik-narik rambutnya.Keliru dengan perasaannya yang sebenar.

Jam menunjukkan pukul 2 petang.Perjalanan ke lapangan terbang Seoul mengambil masa selama setengah jam.Maknanya dia hanya mempunyai setengah jam sahaja untuk berfikir.Ha Rin berjalan ke hulu-hilir sambil bola Kristal tergenggam erat di tangannya.Min yang menjadi pemerhati setia pening dengan gelagat chingu di hadapannya.
“Woi,sampai bila kau nak berjalan macam orang gila ni?Kalau kau dah suka,pergi je lah jumpa dia”kata Min yang sedikit rimas dengan kelakuan Ha Rin.
Ha Rin terhenti sambil memandang Min yang bingung dengan tindakannya.Min bangun menghampiri Ha Rin lantas meragut bola Kristal di tangan Ha Rin.
“OK,jawapannya Cuma ada dua.Suka atau tak suka.Kau pilih salah satu.Kalau suka,kau ambil kunci kereta ni dan aku akan drive kau pergi airport tapi kalau jawapan kau tidak biar aku buang je benda ni,”kata Min sedikit mengugut.
Ha Rin cemas lantas merebut kembali bola Kristal di tangan Min.
“Memang jawapan aku ya,tapi….
Min pantas menarik tangan Ha Rin ke dalam kereta.Bimbang gadis tersebut bertukar fikiran.
Ha Rin pasti dengan jawapannya kini.dia sudah jatuh cinta pandang pertama terhadap Seung Hyun Cuma dia ragu.Bimbang perasaan tersebut hanyalah mainan.

Sesampainya mereka di airport,Ha Rin pantas mencari-cari bayangan si jejaka dalam fikirannya.Matanya melilau berharap akan dapat melihat kelibat sang putera.Tiba-tiba,kakinya terasa sakit dan dia jatuh di tengah-tengah laluan orang ramai.Tiada siapa yang membantu.
Ha Rin mengeluh perlahan.Kelibat si jejaka masihh tidak kelihatan.Jam di tangan menunjukkan pukul 2.55 petang.
Dia mengeluh lagi.Sudah terlambat.

“Kali ni,kau betul-betul pasti ke dengan perasaan kau.Kalau kau yakin,begitu mudah ke kau mengalah macam tu je?”terdengar satu suara di belakangnya.Dia lantas berpaling berharap si jejaka adalah pemilik suara itu.Hatinya yakin dan pasti.
Seung Hyun sedang memandang ke arahnya sambil menggeleng perlahan.Lantas dia mendekati Ha Rin yang terduduk di lantai.
Tangan dihulur namun belum sempat dicapai oleh Ha Rin,si jejak terus mengangkatnya ke dalam pelukan dan terdengarlah sorakan dari orang sekeliling.Ha Rin masih malu dengan tindakan Seung Hyun manakala Jonghun,Hongki,Minhwan dan Jaejin memerhatikan gelagat mereka dari jauh.Masinng-masing tersenyum senang.
“Rupan-rupanya itulah gerangan yang telah mengembalikan Seung Hyun yang lama kepada kita,”kata Jonghun perlahan.
Mereka bertiga mengangguk setuju.

“Ha Rin,sebelum saya berangkat ke Singapura,saya Cuma nak tahu perasaan awak yang sebenar terhadap saya”kata Seung Hyun lantas menurunkan Ha Rin dari pelukannya.Ha Rin diam tak terkata dan mengembalikan semula bola Kristal milik Seung Hyun kepadanya.Kini,Seung Hyun pasti denga perasaan gadis dihadapannya.Dia terus memeluk Ha Rin seeratnya sambil berbisik,
“Saranghaeyo”.
Ha Rin tersenyum manis sambil membalas semula,
“Saya pun sama”.

Jonghun menepuk bahu Seung Hyun menandakan penerbangan mereka akan berlepas lagi beberapa minit.
Seung Hyun melepaskan pelukan dan berundur sedikit dari Ha Rin,memberi peluang kepada ahli yang lain mengenal si gadis manis.Ha rin tersenyum manis sambil tunduk hormat ke arah mereka berempat.
“Saya ada konsert jelajah dekat Singpura esok.Jangan lupa tengok.Saya ada kejutan untuk awak,”pesan Seung Hyun.
Ha Rin mengangguk.Ekor matanya memerhatikan kelima-lima jejaka itu bergerak masuk ke dalam kapal terbang.Dia msih tersenyum riang.

“Hoi,tak nak balik ke?Kalau ye pun nakbercinta dengan artis,cubalah tengok-tengok sikit tempat tu’kata satu suara sambil tertawa kecil.Min sedang berdiri sambil bercekak pinggang dan di belakangnya seseorang sedang memerhatikan Ha Rin.Eun Jung mendekati Ha Rin.Dia lantas tersenyum dan Ha Rin membalas senyumannya.

Keesokannya
“Woi,cepatlah.Karang tak sempat tengok”kata Min sambil berlari ke depan tv bersama bertih jagung di tangannya.
Tv di on kan dan rancangan baru bermula.Ha Rin asyik memerhatikan si pemain gitar dan bibirnya tidak henti-henti tersenyum apabila si jejaka itu kerap menggenyit mata.Dia terasa pandangan tersebut dihadiahkan untuknya.
Rancangan hampir tamat apabila setiap seorang dari mereka menyanyikan lagu solo sendirian.Hongki bersama iringan piano yang dimainkan Jonghun menyanyikan lagu ‘Hello Hello’ manakala Jaejin dan Minhwan menyanyikan lagu ‘I Hope’.Gelagat mereka berdua menarik perhatian para peminat.

Akhir sekali,giliran Seung Hyun naik ke pentas bagi menyampaikan lagu yang terakhir.
“This song was dedicted to one who was really far from me,but lay deep inside my heart”
Seung Hyun menyanyikan lagu ‘I’m Going To Confess’ versi solo sambil memetik gitar di tangannya.Mata Ha Rin tidak lepas memandang si jejaka berharap Seung Hyun tahu tentang dia yang asyik menonton.
Seung Hyun pasti si gadis sedang menonton dia.Dia pasti tentang itu.

2 Tahun kemudian
“Kau jangan lupa beli sayur sekali”pesan Min sebelum Ha Rin menuju ke pasar.Ha Rin mengangguk faham.
Dengan basikal,dia menuju ke pasar berdekatan rumahnya.Selesai membeli,Ha Rin terpandang sebuah kedai cenderahati yang baru saja dibuka.Lantas si gadis masuk ke dalam kedai tersebut berharap ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Tiba-tiba matanya menangkap dua bentuk keychain berbentuk hati.Dia mengambil salah satu dari keycahin tersebut dan membeleknya.

“Takkan beli satu je.Tak nak beli untuk kekasih ke?tanya satu suara.
Ha Rin menggeleng tanpa memandang ke arah pemilik suara.
“Dia tak ada kat sini.Lagipun…..
Ha Rin terhenti bila melihat si jejaka yang berada di hadapannya.
“Bo?Bila awak balikKenapa tak telefon?Kalau tak….
Seung Hyun meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu.
“Kalau tak,awak nak pergi jemput saya kat airport ke?Awak nak kena serang dengan peminat saya?”tanya Seung Hyun sambil tertawa kecil.
Ha rin berpura-pura merajuk.Seung Hyun lantas menarik tangan Ha Rin keluar dari kedai tersebut dan langkah Ha Rin tiba-tiba terhenti apabila melihat sesuatu di hadapannya.Terdapat sebuah belon panas yang sangat besar sambil tertulis
“My love for you would grow more each day.”
Ha Rin terkedu lantas tanpa ragu-ragu lagi dia memeluk si jejaka.Pelukan dieratkan namun Ha Rin terkebelakang apabila Seung Hyun mengerang kesakitan.

“Bo?kenapa dengan tangan awak?tanya Ha Rin terkejut melihat tangan Seung Hyun yang berbalut kemas.
Seung Hyun memeluk kembali Ha Rin lantas menceritakan segala yang terjadi.Dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan walaupun risikonya tinggi.Tangannya dibedah bagi mengeluarkan nanah yang membengkak.
“Tapi,jangan risau.Kami tak kan adakan konsert untuk sebulan akan datang.Tangan saya berkemungkinan akan pulih dalam masa ni.Kami Cuma perlu berlatih dalam bilik je”kata Seung Hyun.
Mereka berdua pun naik ke dalam belon panas tersebut dan mengelilingi Pulau Jeju.
Dan cerita mereka pun berakhir seperti kisah dongeng dahulu kala dimana mereka bahagia hingga ke akhir hayat.Seperti kisah Cinderella dengan putera idamannya,seperti kisah Beauty and The Beast dan juga seperti kisah FT Island dan Primadonna.

28 September 2011

26 Day Kpop Challenge:Favourite cover of Kpop song by another kpop artist


Annyeong readers...
Ni video Little Seobbie cover lagu Baby Baby...
Sore dia menusuk ke kalbu ku yang paling dalam...
Dia sangat cool dan daebak!!

SS501 - A Song Calling For You MV



Annyeong guys,
Nak cakap ni...
Ni favourite MV saye....
Seronok tengok MV nie...
Walaupinn bias saya ialah The cool prince young Saeng
Tapi dalam MV nie...Jungmin nampak sangat comeyl larh...
Hati saya melt tengok gelagat dia,...haha...
Double S 501...DAebak!!

25 September 2011

24 Day Kpop Challenge:A Kpop Group I Think As Overrated

Annyeong...benarnya shaye tak nak buad post ni....but
Dah termaktub dalam kpop challenge....jadi dengan berat hati shaye buad jugak....
Group ni besh tak de la besh shangat...Bagi shaye lah!!!

Urm,Rania...
Tapi shape2 fans yang minat ngan diorang ni jangan marah pulak ye...
Ni hanyalah pendapat yang tak bape penting jerk.....
K???so....tu je la...
Tata...

23 Day Kpop Challenge:A Kpop Group That I think underrated

Annyeong shemua....wee~wee~
Shambung post kite tentang kpop challenge yang tak abes2 ni...haha
Hurmgroup yang aku rashe....ulang lagi sklai...AKU RASHE lah kan!!!
Urm....CO-ED SCHOOL!!!



wee~wee~KAWAII!!
haha...tu je lah...

20 September 2011

22 Kpop Day Challenge:Favoirute picture of favourite kpop group

Annyeong readers....
Harie nie shaye nak post gambar MBLAQ yang paling unik and menarik
pernah shaye tengok...shangat menarik....kawaii!!!

Look!Look!cute tak diorang....suasah tol nak cari gambar unik camn i...
Shaye shuke betul gambar bunk diorang macam ni.....
So sweet...saving each other....
Shangat prihatin yerk ahli-ahli MBLAQ ni....haha!!

19 September 2011

21 Day Kpop Challenge:Favourite picture of girl group kpop bias

Annyeon....hehe
Well,,,baru post ke 21...
Bile nak abis,ambo pun tak tau...
Ape-ape pun ambo nak cakap ni,
Ambo meme minat gilo kat Suzy...haha....
Unnie Suzy...wae you're so pretty?Wae?
haha....Ni gambo dio yang paling ambo suko....hehe

Dia nampo betamboh cantek bilo senyum...haha
K lah...tu je nak cakap....hehe
Tata

18 September 2011

20 Day Kpop Challenge:Favourite picture of guy kpop bias

Annyeong guys....
Wee....time to show the cutest maknae....
Aha!Thunder was so cute...






Thunder,wae you're so cute???
Heheh.....maknae yang 'pretty' dengan rambut putih.....
Sekian saje tok ari ni
Tata.....
Annyeong...>_<

17 September 2011

Contest:Once Upon A Time-My Love Story

Erm,annyeong....huhu
Hi guys....well....thanks to Miss Haehae....
I've finally found this special great contest...wee~
Aq bjaye pham tentang contest ni ckit2 larh...
Erm....contest yg nmpk sgt menarik nie telah bjye mnmbt hati rmai blogger tmasuk aq
Then....aq nk join larh contest ni gak
Well again....Thanks Miss Haehae....

19 Day Kpop challenge:Favourite Interview Of Kpop Idol Or Group



Annyeong readers semua...
Sebelum pape...i wanna say..mianeiyo.....
Cause...walaupun tajuk blog adalah kpop challenge....but
atas dasar cinta shaye pada maknae FT Island....shaye buat k-rock interview....
Shaye tak mampu buang die dari otak shaye....mianei yer....
Er,walau pe pun Kpop masih di hati shaye....
Cume mata maknae ni telah mmrgkap shaye..jd...
Interview arini adalah tentang dia...
Song Seung Hyun ...maknae of FT Island....
Enjoy yerk...
Again....miandei.....hehe

16 September 2011

18 Day Kpop Challenge:A Kpop Idol I Wish My Younger Sibling

Annyoeng readers....
Haha...time to story mory about who's the one i really wish as my dongsaeng
And.....the result is...
Haha...cute adorable U-kiss makane..
how I wish you;re the one....who be my dongsaeng...haha
Go U-kiss....Saranghae Dongho...haha...^_^

14 September 2011

17 Day Kpop Challenge:A Kpop Idol I Wish As My older Sibling

Annyeong guys,.....
Wee...wee...feel happy to write this...
Kerana hendak shaye nyatekan disini bahawa
seseorang yang ingin shaye jdikan 'oppa' shaye ialah




Oppa Young Saeng....saranghae...
neomu neomu saranghae.....
I wish ur my oppa.....hehe

13 September 2011

16 Day Kpop Challenge:Your Favourite Kpop Lyric and Translation



Annyoeng readers....haha
Hari ini adlah hari bersama lirik2 yang besh...haha
Lirik besh kite adlah dari lagu Find from SS501...
wee~cdeynyer...
My Young Saeng the Shy Prince...hehe

12 September 2011

15 Day Kpop Challenge:A Kpop Song That Reminds Of Someone you Miss



Annyeong guys...
Haha...walaupun today sebut sal kpop song
but I think that lagu yang buat aku teringat seseorg dtg dari k-rock hakmilik
pencinta FT Island....5 hot oppas....yeah...FTI rocks...I'm a Primadonna!!
Lagu Until You Return ni wat aq rase syahdu plak
apetah lagi pas lihat lirik translation nyer..
No matter happens...i'm will support FTI ....hahah

11 September 2011

14 Day Kpop Challenge:A Kpop Song That Makes Me Smile



Annyeong loyal readers,
Hehe...erm...post kite smua tok arini ilah tentang lagu yang buat saya tersenyum
Ah...Seung hyun oppa
Wae?wae?...
This song always buat saya rase nk senyum...Feel happy
wee~wee~
Oppa hongki,Jonghun.Minhwan and Jaejin nampak sangat cute and fun
Kerana itulah saye pun rase happy tgk diorang sings....hehe

10 September 2011

13 Day Kpop Challenge:A Kpop Group I dislike and Why



Annyeong readers,
Hurm....ni sa lgrup kpop yang kte tak suke
Tapi an...kite bukn tak suke cume x bape minat...
Cam ramai sangat and too feminine....
Erm...kalo ade yg minat diorang..jgn larh terasa pulak
Tate niat nak menyinggung perasaan dan sebagainye...
Mianei...

08 September 2011

12 Day Kpop Challenge:The Very First Kpop Song I've Ever Heard



Annyeong~wee..wee
Hyep....ni lah dia lagu kpop firstly yang buat aq knal duniya kpop
wee~saranghae Suju ...wanna be ELF forever!!
Lagu Haengbok ni ley wat shaye shenyum syampai kenyang....haha

11th Days Kpop Challenge:Favourite Kpop Music Video



Annyoeng...time to brave..yeah!!hehe
saje merapu jap....
Erm.setelah lama aku teliti...
MV yang paling aku suke ialah MV SS501 dengan lagu diorang-Dejavu...
Hurm...nmpak cool gler and my Young Saeng nmpk sangt macho..wuu~wuu~
yeah!hehe...so bab tulah saye suke MV diorang ni...
SS501 daebak!!

06 September 2011

10th Days Kpop Challenge:A Kpop Dance I wanna Learn



Annyeong readers...hehe
hehe....
Nae naeye boyfriend...nae naeye girlfriend...
Nilah grup Boyfriend...wa~my cute Big Eyes Kwangmin...saranghae...
Aku teringin sangat nak belajar dance cute diorang dari MV Boyfriend...
And aku sertakan skali video slow motion tarian tuh...hehe
Enjoy it!!

05 September 2011

9th Day Kpop Challenge:Favourite Kpop Performance


Annyoeng haseyo...wee~wee~
I like Beast...hehe
Pada pendapat aku larh kan...best performance yang gempak and macho sekali
datang dari grup Beast...[clap2]
hehe...and lagu mereka ialah Fiction....
wee~salute seobbie saranghaeyo...hehe

04 September 2011

Atas Pengaruh Cik Haehae Chan

Well,annyeong readers...hehe
Kata orang kite ade mcm-mcm tabiat yang kite simpan sendiri
And atas pengaruh Cik Haehae Chan....
akhirnye aku putuskan tok buad post tentang aku...
The real Me!!20 things about me!!





1.Aku suka sangat makan banyak -banyak bila aku sedih...
2.Aku ni panas baran dan sangat sensitif...(over acting kadang-kadang)
3.Aku sayang gila kat chingu-chingu rapat aku..(Saranghaeyo chingu's)
4.Sebenarnya,masa aku kecik-kecik,impian aku nak jadi penyanyi and aku nak nyanyi penuh feeling kat atas stage cam Bunkface and Super Junior...haha
5.Aku suka gila belajar English and korean and aku harap dapat pergi Korea satu hari nanti nan bestfriend aku.
6.Orang selalu cakap aku ni cuai and actually aku memang seorang yang cuai dan kelam kabut...
7.Aku paling benci kek terutama sekali kek krim warna-warni...(boleh muntah bro)wekk!wekk!
8.Bintang kpop yang paling cute sekali kat mata aku ialah...urm...banyak sangat dan antaranya Kyuhyun,Taemin,Gongchan,Seung Hyun,Yoseob,Kwangmin,Yonghwa,Cheon Dong...and tah berapa ramai lagilah...haha...tak lupa shy prince aku ...Young Saeng SS501....
9.K-drama aku yang pertama yang telah kenalkan aku dengan dunia Kpop adalah cerita My Girl.
10.Chingu terbaik yang pernah aku ada adalah Cik Haehae,Akmal Ruzali dan Anuar Baso...Thanks guys for being my guiding angle...
11.Aku sayang gila kat parents aku walaupun semua orang macam tuh.
12.Aku benci gila dekat orang yang selalu buad salah tapi tak ngaku dan tak reti minta maaf.
13.Aku lebih rela makan meggi sepanjang hari dari makan laksa.
14.Bestfriend aku masa kecik-kecik selalu betray aku dan selalu kenakan aku.
15.Masa kecik-kecik orang ingat aku laki sebab aku ni kasar orangnya.(Times change)
16.Aku tak kisah gadoh nan membe-membe tentang guys kpop yang kitorang minat sebab kitorang tau it's just for fun.
17.Aku bengkek gila nan mamat yang suruh kite respek minat dia tapi dia sikit pun tak respek minat aku.
18.Aku paling minat Bunkface dan paling respek guitarist lead dia...Paan a.k.a Farhan Hashim...hehe
19.Aku pernah tolak sorang mamat spek ni sampai jatuh lingkang dan patah gigi sebatang...Bro kalo ingat aku...aku minta maaf yerk...
20.aku sayang semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku terutama yang selalu sokong aku dalam tindakan aku dan tegur kesalahan aku...Sayang korang semua...
SAranghaeyo!

8th Days Kpop Challenge:A Kpop song I Know All The Words



Annyeong
My 8th Post...and it's CN Blue time
Aku tak taw semua perkataan but aku sertakan sekali
pic and lirik lagu LOve by CN Blue...hehe~
Inilah lagu pertama yang buat aku cair darah nan CN Blue
wee~wee~
Rock CN Blue.....hehe