26 June 2013

Bayang-Bayang//You make me crazy


Salam..Morning...
Hari ni tak berapa nak indah tapi yang penting jerebu dah pun berkurangan
Bila bukak FB jer,bising pasal jerebu.Tapi mak aku ada cakap,jerebu pun ada
kebaikannya jugak.Baru orang fikirkan kesihatan.Tak ada lah 24 jam keluar
rumah je.hikhik.Lagipun tu kan kuasa Tuhan.Siapalah kita untuk menghalangnya.
Jadi,hargailah jerebu//orang gila
By the way,baru 4 hari aku di rumah.Rasa macam seminggu.Tapi aku tetap rasa
waktu tak cukup sebab banyak lagi cerita aku tak tengok.Rasa macam nak tengok
semua tapi apakan daya,meme tak sempatlah gamaknya.
Aku rindu kat seseorang.Tapi nak contact dia aku malu.Bahkan nak like status dia
kat FB pun aku malu.Membayangkan saat-saat yang pernah aku lalui dengan dia dulu
Nampak kecik apa yang dia lakukan tapi sentiasa memberi kesan dalam hidup aku.
Rasanya aku nak ulang balik semua momen-momen tuh.Ternyata dia memberi kesan
yang teruk dalam hidup aku.Dan sekarang aku terasa macam hidup dalam bayang-
bayang dia.Segalanya yang aku nampak cuma dia.Sakitnya perasaan merindu
 seseorang yang tak pernah tahu apa kita rasa.

SHADOWS..they're not real!Get up and find those light!
Kata kakak.Jangan hidup dalam bayang-bayang.Keluar dari bayang-bayang dan cari
cahaya.Tapi tanpa bayang-bayang tuh,aku rasa sepi.Rasa macam aku duduk dalam
gelap.Sekurang-kurangnya bila ada bayang-bayang,aku tahu ada cahaya.Cuma aku
yang tak nak terima cahaya tuh.Tapi walau cemane pun.Aku nak jadi kuat.Nak jadi
diri aku yang baru.

Aku dah biasa jadi penunggu.Maksud aku bukan penunggu rumah tapi orang
yang sentiasa kena tunggu dia.Jadi aku macam tunggul.Aku setia menunggu
cuma dia je yang aku tak tahu.Mungkin aku kena bersabar lagi.Even if it takes
a long hard and tough journey.I'll be waiting for you!



I miss my seven boys!INFINITE!!!Lagi lagi Choding Prince aku,Sungyeollie!
Dan dorang nak datang Malaysia.What a wonderful things.Tapi aku jamin
200% aku takkan pergi.Lebih kepada tak boleh pergi.Huhu,so aku jamin
Inspirit lain mesti pergi..Damn,i miss them!

pPyong~

24 June 2013

Salam Rindu


Salam..Doobydooby~
Hari ni hari pertama cuti.Cuti ape..?Yup,cuti semester aku yang baru je mula
Walaupun orang lain sebenarnya dah lama bercuti tapi nak buat cemane..tempat
study aku baru sja diisytiharkan bercuti untuk 3 minggu akan datang.Tapi sempena
pelantikan aku sebagai fasi baru untuk newbies semester depan,cuti aku hanya untuk
2 minggu je.So sad.Tapi,walau macam mana pun,aku bercuti dengan perasaan yang
bercampur baur//mixed feelings
Hal ini adalah kerana portfolio aku masih belum ditandatangan.Walaupun pada
dasarnya,tandatangan tersebut patutnya dah diperoleh sebelum aku mula cuti,tapi
tak sempat jugak.Puan M,please dont be angry.Please,please,please!
Dan,apa yang buat aku tenang untuk bercuti,aku dan crush aku dah berbaik.Hari
terakhir di ILP,aku nak sangat jumpa dia.Nak cakap pasal banyak sangat benda.
Dan mungkin sebab utamanya adalah kerana lepas ni aku takkan jumpa dia lagi.Tak
dapat tengok dia diam2.Lepas ni kalau aku rindu,Dinding FB dia je tempat aku boleh
lepak.Walaupun member-member aku dah panggil dia,dia buat bodoh je.Mungkin dia
malu sebab ramai gila member dia dekat situ.Jadi,sebelum aku melangkahkan kaki
keluar dari ILP tuh,aku masih merenung ke arah dia.Aku harap dia akan menoleh.Tapi
tidak.Jadi,aku text dia.Aku mintak dia jaga diri baik-baik.Dan aku harap dia maafkan
segala silap dan salah aku sepanjang aku kawan dengan dia.Dan yang paling penting,
aku ucap terima kasih dekat dia sebab selalu support aku dulu.Rasanya dia antara the
best buddy aku yang aku pernah kenal//guys lha

Walaupun lepas ni aku tak akan jumpa dia lagi,tapi aku akan simpan mesej terakhir dia
untuk aku.Dia suruh aku jaga diri dan habiskan study.Sumpah,aku boleh hidup hanya
dengan mesej terakhir dia tuh.Dengan membayangkan dia masih berada di sisi aku
menyokong dan sentiasa ada untuk aku macam dulu-dulu.Aku akan hidup dalam bayang-
bayang dia je.

Dan last but not least,aku tak ade rasa rindu pada sesiapa pun melainkan senior-senior
yang bakal pindah next semester termasuklah dia,My Mr Chiku.I'll guess i'll have to
take care of my ownself starts from now.Entah kenapa aku rasa selamat dengan hanya
melihat dia..Btw,thanks sebab pernah hadir dalam hidup aku.Damn,i'm gonna miss you
like hell...Huhu~T_T

Ppyong~

08 June 2013

So Long.....

Salam..PpyongpPyong~
Rasanya dah lama sangat aku tak menyinggah sini.Aku rindu kot  =_=
Well,minggu depan naik-naik je dah start final exam teori dan esoknya
final exam amali.Itupun kalau aku lepas teori lha..huhu.Wish me luck~

Aku datang sini bersebab.Dengan hajat dan penuh harapan baru.
Hari tuh aku dalam keadaan moody.Dengan folio nya yang nak disiapkan dengan
terkejar-kejar.Dan latihan amali yang agak susah jugakk nak pass.Balik bilik je,terus
mengadap Facebook.Aku baca satu post Hara yang dia tag kat aku...
Well,jujur.Aku nangis baca benda tuhh.Bukan kerana rasa terpaksa atau terbeban tapi
sumpah aku rindukan kao.Cuma aku pun tak tahu cemana nak cakap.Bila aku fikir balik
pasal surat-surat yang aku pernah tulis dulu tuh,aku rasa bodohnya aku.Aku mungkin
bertindak dalam keadaan kurang matang terutama pasal Naili dan Epi.Sesungguhnya aku
mungkin begitu lepu pada saat tuh.Aku taknak jadi pengikut kao macam dalam cerita Dream 
.High tuhh..Macam Baek Hee.Mungkin lama-lama aku akan jadi gila.Mungkin jugak lepas
kita tak lagi satu sekolah,satu kelas dan satu bangunan asrama.Aku jadi happy.Aku tak perlu
paksa diri aku supaya dapat berdiri setaraf dengan kao.Sesungguhnya aku tak boleh bohong hati
aku dengan mengatakan aku tak pernah rasa sedikit pun cemburu pada kao sepanjang kao
jadi best buddy aku.Tapi semakin aku tua dan aku banyak berfikir bila duduk sensorang,
aku sedar sombongnya aku pada dunia dan pada Pencipta aku sendiri.Tuhan ciptakan manusia
tuh dah cukup adil dah.Kao ada kelebihan dan keburukan kao sendiri.Aku pun sama jugakk.
Sepatutnya kalau aku betul-betul sayang dan terima kao sebagai kawan aku,aku boleh terima
semua tentang diri kao.Tak perlu rasa cemburu yang tak sepatutnya ada kena mengena dengan kita
yang akhirnya akan membuahkan pergaduhan antara kao dengan aku.Aku jujur mohon maaf ikhlas
dari hati aku.

Tentang hal unfriend dekat Facebook tuh,aku masih lagi bertindak dalam keadaan kurang matang.
Aku masih belum membesar walaupun umur dah meningkat.Aku memang jujur unfriend kao sebab
kao pernah cakap kat aku yang noti kao penuh dengan status aku.Jadi aku sentap dan dengan niat
taknak lagi penuhkan noti kao,aku unfriend kao.Biar status aku takkan muncul lagi dekat Wall kao.
Aku mintak maaf lagi.Aku tak layak memiliki kao sebagai kawan aku.Aku memang jenis tak
bersyukur dengan apa yang aku ada.Bila kao ada depan mata,aku tak hargai kao.Tapi bila kao 
dah tak ada,aku kurang minat dengan selama ni apa yangkita kongsi sama-sama.Pasal Kpop,
pasal music banging head dan segala macam lagi.Aku rindukan kehadiran kao.Yang selalu tegur
salah silap aku.Yang sentiasa mengingatkan aku tentang baik buruknya satu benda tuh.Sekarang
aku dah tak macam dulu.Aku dah berubah.Aku bukan Peah yang dulu.Jadi untuk tegur kao balik,
be friends macam dulu-dulu mungkin agak sukar.Cuma yang aku pinta kao takkan lupakan aku
semacam mana aku tak pernah lupa kat kao.Btw,baju Pinite masih lagi jadi baju favo aku dan 
Yeollie masih lagi bias kegemaran aku.Mungkin sampai bila-bila pun.



Jadi,sejujurnya aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki aku sepanjang
perkenala aku dengan kao.Rasanya dari Awal form3 sampai sekarang.Aku akan rindukan segala
momen-momen yang pernah aku lalui dengan kao.Jujur aku cakap,kalau aku tak lalui pergaduhan
dan kenakalan kita masa dulu tuh,mungkin aku tak ada sesuatu untuk dikenang sekarang.

P/S:Gudluck untuk kao.Dalam pape pun yang kao buat.May we be friends forever!

We Are Truly Inspirits!


Daa..Ppyong~