30 July 2010

Aku tak pernah bencikan seseorang sebencinya aku pada perempuan tak guna tu.Dia dah melibatkan aku dalam masalah ni dan menyebar cerita bahawa dia tak bersalah dan aku dianggap seperti orang yang sentiasa melakukan kesalahan kat dia.Aku cukup bencikan dia sampai aku tak boleh meluahkannya dengan kata2 malah tergamaknya dia menyakitkan hati sahabat2 ku.Sememangnya aku teringin meletak dia dimana hanya binatang yang layak tinggal bersama dia kerana dia semestinya tak pandai menghargai kawan.Dia memerlukan kawan ketika susah dan meninggalkannya pula tatkala dia berasa gembira.Pabila susah,dia menggunakan senjata utamanya iaitu airmata yang palsu lantas menambah kesedihan di pandangan orang lain.Dia sesungguhnya menjadi contoh perempuan yang tak patut dijadikan kawan .
Aku cukup benci walaupun hanya memandang wajahnya sejenak.Dia umpama manusia bertopengkan syaitan dan pandai menggunakan kelebihan yang telah diberi namun aku tak pernah menyangka bahawa wujudnya manusia seperti dia.Ini adalah bukti dimana hari kiamat sudah dekat dan wujudnya manusia syaitan seperti ini.Aku sebagai seorang manusia yang tak pernah lari dari kesilapan tak pernah mendoakan yang tidak baik untuknya tapi hanya boleh berharap Allah akan mengurniakan hidayah buat seorang manusia sepertinya dan berharap dia akan sedar dari kesilapannya walaupun tak akan ada kemaafan lagi buat dirinya yang sangat menjijikkan itu.Ya Allah ,aku masih berharap agar kau dapat membuang perasaan benci dihatiku ini terhadapnya kerana aku tak mahu menjadi seorang manusia yang tidak bertaqwa terhadapmu.

No comments: