19 September 2010


Dulu kita kawan baik.Kita janji akan bersama sampai bila-bila.Saya sayang awak sebab awak kawan baik saya selamanya.Saya dan awak macam isi dan kuku.Kita tak boleh berpisah.Saya pegang janji awak dan saya bahawa kita akan setia unutk satu sama lain.





Saya anggap awak kawan baik saya sebab awak selalu buat saya tersenyum tanpa paksa.Saya cuma nak cakap terima kasih sebab sudi terima saya jadi kawan awak.Saya SAyang Awak.Awak selalu hiburkan saya bial saya sedih.Awak selalu meahami perasaan saya dan selalu tolong saya.Terima kasih ya,Kawan Baik....


Tapi sekarang,awak dah berubah.Awak selalu bergaduh dengan saya.Awak anggap saya mengongkong hidup awak.Saya tak berniat pun nak buat macam tu.Saya cuma nak bersama awak sebab awak insan yang teristimewa dalam hidup saya.Tapi bila saya cuba berbincang dengan awak ,awak cakap saya ni penyibuk dan tak nak bagi awak kawan dengan orang lain.
Saya minta maaf kalau saya ni terlalu mengongkong hidup awak.Maafkan saya ye,Kawan Baik.



Dan bila kita asyik bergaduh je,awak makin tak tahan dengan sikap saya.Tapi saya pulak sentiasa sabar dengan sikap dan kerenah awak dan berharap awak akan jadi macam dulu,yang sentiasa menyayangi saya dan sikap awak yang selalu buat saya tersenyum.Awak akhirnya mengambil keputusan untuk tinggalkan saya dan berkawan dengan kawan baru awak.Saya menanis berhari-hari kerana akhirnya saya kehilangan insan yang istimewa dalam hidup saya.Saya tak mampu lupakan awak walau sekejap.Saya berdoa pada Tuhan untuk kembalikan awak yang dulu pada saya.



Apa yang saya harap sekarang cumalah kebahagiaan awak sebab tanpa awak siapalah saya.Bila awak happy ,saya pun akan happy.Saya sayang awak selamanya biarpun awak dah ada kawan baru.Saya cuma nak awak tahu yang sepanjang hidup saya,saya cuma ada seorang je kawan baik iaitu,AWAK.
Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Dalam Hidup Saya.
Saya Sayang Awak Selamanya

Buat sahabatku yang sedang dalam kesedihan....
Moga dia gembira selalu kerna kegembiraannya adalah kegembiraanku..









2 comments:

fariha said...

Janga sedih de...
There still many people love you and wanted to see your smile again especially me...

hara said...

gile...