03 January 2012

Kisah aku,Hara dan Epop Edisi Januari 2012

Annyeong semua!
Peace yaw...


Sebelum aku berjaya mendapatkan Epop Edisi Special kali nih//yang macam tertera dekat atas tuh...Aku terpaksa melalui bermacam-macam halangan..
Pes sekali,masa aku nak keluar dari rumah dengan tujuan nak beli epop,omma aku soal siasat aku macam-macam...but no worry...dengan pro nya aku berjaya menangkis segala soalan omma dan menjejakkan kaki ke Wetex//shopping kompleks tempat nak beli epop.
Bersama dengan Hara,aku melangkah ke Tanjong Mas,iaitu sebuah kedai buku dan terus menuju ke tempat 'biasa'.Tangan aku mula menyelongkar setiap majalah dekat situ dengan harapan akan menjelmalah epop yang dicari-cari.Namun....harapan kitorang hampa.Epop tak ditemui.
Arhhh,..kenapa tak sampai lagi.Harapanku musnah!Yah!!

Hati aku dah sedih tahap gaban.Speechless!!Tapi Hara dah boleh agak.Pasal Tanjong Mas memang selalu lambat..Dan dengan keterpaksaan,aku pun terimalah kenyataan bahawa aku takkan memiliki epop pada hari ni.Aku melangkah keluar dengan minda yang masih bermain dengan bayangan picture cover epop yang telah dipost oleh unnie Kei cool dekaat grup semalam.Dan tiba-tiba....minda aku beralih ke sebuah kedai majalah dekat tepi jalan yang juga merupakan port tempat aku dengan Hara beli epop.Aku harap kedai tu dah keluarkan epop.Jadi,dengan plan yang bernas lagi bijaksana,aku dan Hara bercadang nak melangkah ke kedai tu lepas solat Zuhur memandangkan tempat tu agak jauh lah jugak.


Jadi,dalam pukul 2 lebih macam tu lah..kitorang pun melangkah ke kedai tu.Dalam perjalanan,kitorang terperasan sebuah kedai majalah yang agak kecil yang macam tersorok sikit.Dan mata kitorang tertancap pada sesuatu....Epop!Ahhh!!Aku dengan rasa excited pun cepat-cepat keluarkan duit dengan jumlah RM12.Tapi,achi dekat situ cakap
"Ne,majalah ni mahal taw.Harga dia RM12.90.Aku pun dengan gembira masih mengangguk-angguk pasal keexcited yang melampau dengan tak perasan jumlah duit aku yang masih tak mencukupi.Bila aku keluarkan duit dan kira jumlah duit aku,opssss.....omo,duit tak cukup.!!
Arhhh!!aku dah tak sanggup nak kra duit tuh.Dan dalam minda aku hanya terbayang duit adik aku.Memandangkan adik aku berada di Wetex,hanya dia jelah harapan yang tinggal.Jadi,aku pesan dengan Hara suruh dia beli dulu epop tuh dan tunggu aku dekat kedai tu sampai aku datang balik.


Dan dia pun mengangguk.Jadi,dengan menggunakan larian yang aku ada,aku pun berlari balik ke arah Wetex dan terus menuju ke KFC pasal adik aku ada text bagitahu yang dia ada dekat situ.Sambil aku lari,orang tengok je.Muka diorang ada lah macam
"Urh,budak ni tengah berlakon MV ke?
"Dia ni gila ke?
Dan macam-macam lagi.Tapi,aku tak peduli.Demi epop yang kucintai,aku terpaksa!
Dan sesampainya aku di KFC,dari bawah aku boleh nampak bayang adik aku tengah makan.Jadi,aku terus berlari meredah masuk ke dalam KFC dan menaiki tangga mencari adik aku.

"Adik,aku nak pinjam seringgit!tolonglah.Emergency nih"
"Kau nak buad apa?
"Ah,tolonglah.Aku nak  guna.Nanti aku bayar balik"
"Ah..amek lah.
Dengan seringgit kat tangan aku,aku pun ucap tengkiuk dekat dia dan terus berlari balik ke arah kedai majalah tadi.Aku dah penat.Dah lah cuaca panas.

Dari jauh,aku nampak kelibat Hara yang masih tunggu aku.

Dengan excited nya,aku pun serahkan keseluruhan duit aku kat achi tu dan dengan gembiranya aku terima satu epop beserta kalendar..Ahhh!!aku rasa macam nak jerit.Aku masih tak percaya yang aku tengah pegang epop tuh.Aku tak dapat gambarkan perasaan 'gila' aku.Dan dengan tu,kitorang pun blah.


Tulah kisah aku dengan Epop januari 2012,Wetex dan Hara.
Sorry sebab entri kali ni panjang sangat.Saja nak berkongsi pengalaman aku dengan korang.
Tengkiu pada siapa yang membaca.
Hehe...ok2..tu je
Annyeong~Ppyong


Aku suka Epop forever

No comments: